PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 5 sen mulai tengah malam ini.
Harga RON95 meningkat daripada RM1.38 kepada RM1.43 seliter dan RON97 daripada RM1.68 kepada RM1.73 seliter.
Diesel pula naik 10 sen kepada RM1.61 seliter berbanding RM1.51.
Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 5 Jun Mei.
Kementerian Kewangan berkata, kenaikan dipengaruhi oleh harga minyak
yang diproses yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga
minyak
mentah dunia.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment