MALAYSIAKINI
Wak
Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daedah Iskandar
Puteri, Johor, hari ini ekoran membeli dan menggunakan cincin berukiran
lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut beliau, personaliti feysen dan pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
"Kes ini sebenarnya sudah lama, dia membeli cincin pada 2018 secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia.
"Namun satu laporan polis sudah dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
"Kertas siasatan akan disiapkan sebelum ia diberi pada timbalan pendakwa raya bagi tindakan susulan," katanya dipetik Harian Metro.
Terdahulu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim meminta penjelasan daripada Wak Doyok, 40, berkenaan cincin yang ditempah menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Ibrahim.
Wak Doyok kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun Instagram miliknya.
Mengulas
lanjut, Ayob Khan berkata, jika sabit kesalahan, Wak Doyok berdepan
hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000
atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun.
"Saya bagi amaran jangan sewenang-senangnya menggunakan memakai membuat menyalahgunakan lambang ini kerana ia adalah satu kesalahan," katanya.
No comments:
Post a Comment