HARAKAHDAILY
PENGKALAN CHEPA: Semua kedai makan di Kelantan mula beroperasi seperti biasa bermula hari ini dengan syarat memenuhi SOP yang ditetapkan.
Timbalan
Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pelanggan
bukan sahaja boleh membeli secara bungkus, sebaliknya dibenarkan makan
di kedai.
“Tempoh kedai yang dibenarkan beroperasi hanya sehingga 10 malam. Jadi tidak sempat untuk orang ramai mengunjunginya pada Ramadan lepas,” katanya kepada media ketika ditemui semasa melawat mangsa kebakaran di di Padang Tembak dekat sini hari ini.
Menurutnya juga negeri-negeri lain membenarkan kedai makan beroperasi sehingga jam 10 malam pada Ramadan lalu.
Katanya, selepas Ramadan semua kedai makan di Kelantan dibenarkan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.
“Bagaimanapun pemilik kedai makan dan pelanggan mesti mematuhi SOP antaranya jarak satu meter, rekod nama pelanggan, catat nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
“Selain itu saringan suhu badan pelanggan yang ingin makan di kedai juga perlu dibuat,” ujarnya.
Mohd
Amar turut melahirkan rasa syukur memandangkan ekonomi di negeri itu
semakin baik dan aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.- HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment