Difahamkan mangsa dirempuh kenderaan pacuan empat roda
KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis maut dirempuh dan dihempap sebuah pacuan empat
roda ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19
susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal pagi ini.
Dalam kejadian jam 3 pagi tadi, mangsa,
Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga anggota polis Ibu Pejabat Polis
Daerah Kajang dirempuh berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya
Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor.
Harian Metro melaporkan, kemalangan
menyebabkan mangsa berusia 31 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak maut
serta merta di lokasi kejadian.
Difahamkan mangsa dirempuh pacuan empat
roda model Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun
dipercayai dalam keadaan mabuk.
Mangsa dihempap oleh kenderaan itu dan mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Susulan itu mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Suspek turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital sama.
No comments:
Post a Comment