GEORGE TOWN: Berikutan
kekurangan bekalan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP), seorang pegawai
Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berhasrat menderma darah walaupun
telah berbuat demikian pada bulan lepas.
Pemangku Presiden Rela Pulau Pinang Lim Poh Tek berkata beliau telah menderma darah pada 10 April di sebuah hospital swasta dan ingin melakukannya sekali lagi pada program anjuran St John Ambulans Malaysia di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini.

"Saya mahu menderma darah jika diberi peluang tetapi ketika ini saya hanya boleh memberi sokongan kepada rakan-rakan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
St John Ambulance Malaysia menganjurkan program derma darah selama tiga hari di 23 lokasi di Kuala Lumpur dan sembilan negeri lain dari 29 hingga 31 Mei.
Menurut Lim, arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan penularan pandemik COVID-19 menyebabkan bilangan penderma darah di Pulau Pinang berkurangan.
Sementara itu, Penolong Pegawai Pegawai Maklumat Jabatan Transfusi Perubatan HPP Marshita Othman berkata kempen derma darah hari ini mendapat sambutan menggalakkan, melebihi sasaran 60 penderma.
"Kemungkinan kami mampu mengumpul 140 beg darah pada akhir program di Pulau Pinang hari ini," katanya.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment