Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata perdana menteri adalah salah apabila menggelarkan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong sebagai rasis.
Bagaimanapun katanya Dong Zong juga salah apabila mendakwa pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi tahun 4 di Sekolah Cina dan Tamil sebagai permulaan Islamisasi.
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad salah menggelarkan Dong Zong sebagai "rasis", tetapi Dong Zong juga tidak betul apabila mendakwa pembelajaran tulisan khat bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 4 di Sekolah Cina / Tamil bermula tahun 2020 sebagai permulaan Islamisasi," katanya dalam satu kenyataan.
Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu juga berkata terdapat 'teori konspirasi' bahawa isu yang menjadi kontroversi itu dicipta oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik atau perdana menteri bagi tujuan politik tertentu.
"Timbalan Menteri Pelajaran Teo hanya tahu tentang perkara itu ketika kontroversi itu meletup bulan lalu," tambahnya.
Semalam Dr Mahathir menyifatkan Dong Zong sebagai “rasis” kerana mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk "Islamisasi".
“Dia tak mahu (kerana) takut anak dia konon bercampur dengan orang Melayu. Jadi dia (Dong Zong) tak suka orang Melayu.
“Semua dia bantah. Tak pernah setuju dia dengan apa-apa pun (keputusan kerajaan),” kata Maahthir kepada media dalam satu majlis ramah mesra di Langkawi.
Katanya sekiranya tiada perubahan kerajaan pada
9 Mei 2018, subjek itu mungkin diwajibkan dan dimasukkan dalam
peperiksaan di tiga jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah
kebangsaan jenis Cina dan Tamil.
"Terdapat cadangan bahawa subjek itu akan dibatalkan di sekolah rendah Cina / Tamil, walaupun telah diajar selama bertahun-tahun dalam buku teks murid tahun lima di sekolah rendah berkenaan.
"Semasa saya berada di Salem, India pada
minggu lalu, saya perhatikan kenyataan Kementerian Pendidikan bahawa ia
masih "menerima pandangan pelbagai pihak untuk memastikan terdapat
pertimbangan yang wajar" sebagai menunjukkan Kementerian Pendidikan
masih terbuka untuk pandangan dan rundingan dari semua kumpulan dan
pihak yang berkenaan dengan subjek tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment