Sebanyak 467 rumah di Perlis rosak dan terjejas akibat ribut yang melanda malam kelmarin.
Katanya, 303 rumah dilapor rosak di Kangar; 86 rumah di Arau; dan 78 rumah di Padang Besar.
Terdapat 11 tempat kejadian pokok tumbang dilaporkan di seluruh Perlis dan sehingga kini kerja-kerja pembersihan giat dijalankan, kata kenyataan itu yang menjelaskan jumlah kerugian masih dalam taksiran.
Sementara itu, Bernama melaporkan 155 sekolah di 10 daerah di Kedah rosak dan terjejas akibat ribut yang sama, antaranya pada bahagian bumbung dan siling bangunan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said dalam satu kenyataan ringkas malam tadi dipetik agensi berita kebangsaan berkata sekolah yang terlibat di daerah Langkawi, Sik, Kuala Muda, Yan, Padang Terap, Kubang Pasu, Pendang, Baling, Kota Setar dan Kulim-Bandar Baharu.
Bagaimanapun, jelas Dr Salmee sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terganggu memandangkan mereka akan bercuti sempena Hari Raya Aidiladha hingga 17 Ogos nanti.
No comments:
Post a Comment