Terserah kepada pihak polis untuk menentukan sekiranya
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong) perlu diharamkan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Jika ia terus memainkan isu atau menghasut rakyat untuk bergaduh antara satu sama lain, sudah tentu ia bercanggah dengan undang-undang,” katanya pada pemberita di KLIA hari ini.
"Kami (perlu) sentiasa sensitif supaya tidak menghasut masyarakat berbilang kaum untuk bergaduh antara satu sama lain,” katanya pada pemberita di KLIA hari ini
Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telah melancarkan petisyen atas talian mendesak Dong Zong diharamkan dan telah mengumpulkan 50,000 tandatangan setakat hari ini.
Pemuda Bersatu (Armada) turut melancarkan petisyen dengan gesaan serupa.
Mahathir baru-baru ini membidas Dong Zong kerana mendakwa pengenalan pengajaran khat Jawi tiga halaman dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 sekolah rendah adalah satu bentuk "Islamisasi".
Dong Zong hari ini menafikan dakwaan pertubuhan itu menentang semua dasar pendidikan kerajaan dan bersikap 'rasis'.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata kumpulan pendidik Cina hanya bercakap mengenai isu pendidikan satu kaum sahaja walaupun tinggal di negara majmuk.
Pengerusi PH turut mengulangi dakwaan Dong Zong menentang konsep Sekolah Wawasan kerana tidak mahu melihat anak-anak Melayu dan Cina bercampur.
No comments:
Post a Comment