Malah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, turut menafikan dakwaan remaja berkenaan telah dirogol seperti yang tular di media sosial dan memaklumkan mangsa hanya mengalami calar kecil serta luka di kaki dan ia tidak menjurus ke arah kematian.
Menurut beliau, Nora Anne disahkan meninggal dunia dunia akibat kebocoran pada usus ekoran tidak makan dalam tempoh yang lama.
“Bedah siasat telah dijalankan bermula 11.45 pagi semalam sebelum berakhir 10 malam tadi dan pakar patalogi mengesahkan remaja itu dijangkakan mati dua atau tiga hari sebelum dijumpai.
“Punca kematian sebenar adalah kebocoran pada usus disebabkan mungkin kerana tidak makan dalam tempoh panjang dan juga stress berpanjangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini sebentar tadi.
Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan, pihaknya sedang menyiasat pemilik Twitter yang membuat dakwaan Nora Anne telah dirogol.
"Dakwaan mangsa dirogol itu tidak benar, kita pun sedang siasat pemilik Twitter berkenaan.
“Polis juga tidak menghalang keluarga mangsa untuk pulang ke negara asal dan jangkaan bila mayat mangsa boleh dibawa keluar juga belum ditetapkan,” tambahnya.
Pada Selasa, mayat Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik itu pada jam 7.07 malam selepas dibawa dengan helikopter yang mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada kira-kira 6.45 petang.
Mayat kemudian dibawa dengan van Angkatan Pertahanan Awam serta diiringi sebuah kereta peronda polis dan dua anggota polis trafik yang menaiki dua motosikal.
Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, di sini, oleh keluarganya pada 8 pagi 4 Ogos.
Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.
#ketua polis negeri sembilan
#Mohamad Mat Yusop
#Nora Anne Quoirin
#remaja warga Ireland
#Pantai Hill
#Nora Anne tidak dirogol
No comments:
Post a Comment