Monday, August 5, 2019

90% cabang PKR sokong kepimpinan Anwar

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Kira-kira 90 peratus ketua cabang PKR hari ini tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad, yang bertindak sebagai wakil jurucakap kumpulan itu, berkata ini adalah sokongan sebenar mereka di pihak akar umbi dan menegaskan bahawa pihaknya terpanggil untuk menyatakan sokongan secara jelas hari ini bagi menepis pelbagai dakwaan kononnya parti itu diambang perpecahan.

Atas semangat ini, pihaknya mewakili 198 daripada 219 Ketua Cabang PKR seluruh negara iaitu kira-kira 90 peratus daripada jumlah keseluruhan tampil hari ini untuk menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memacu dan memimpin parti dalam meneruskan idealisme perjuangan reformasi serta menjadi tonggak utama Pakatan Harapan.

“Kami komited mendukung Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri kelapan seperti dipersetujui bersama pimpinan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Amin berkata sokongan daripada kesemua ketua cabang berkenaan dibuat atas inisiatif sendiri dan bukannya satu arahan daripada pihak atasan.

“Kita memang telah cuba sehabis baik untuk berhubung dengan ketua-ketua cabang, tetapi (menjawab baki 10 peratus) ada yang sebahagiannya sibuk, ada yang di luar negara, ada yang dapat mesej tapi tak balas dan ada kita cuba berhubung untuk bercakap tapi tak jawab.—Bernama 

No comments: