Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor
hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di
Istana Bukit Kayangan di sini kira-kira pukul 11 pagi.
Terdahulu, Ganabatirau yang ditemui di kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri enggan mengulas lanjut mengenai tujuan mereka menghadap Sultan Sharafuddin hari ini.
Difahamkan, keempat-empat exco berkenaan memohon untuk menghadap Sultan Sharafuddin pada 25 Julai lepas untuk membincangkan beberapa isu dipercayai berhubung usul pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama bagi anak di bawah umur.
Usul tersebut dipercayai tidak dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini selepas ditangguhkan Speaker dewan, Ng Suee Lim sejurus dua hari bersidang.-Bernama
No comments:
Post a Comment