KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari
ini atas 200 pertuduhan merogol anak saudaranya antara 2010 hingga 2013,
sejak mangsa berumur 5 tahun.
Lelaki itu yang berbaju T dan seluar jeans, kelihatan tenang semasa pegawai mahkamah membacakan satu persatu dakwaan itu.
Dia kemudiannya mengaku tidak bersalah ke atas 200 pertuduhan itu. Mangsa kini berusia 13 tahun.
Secara keseluruhan, pihak pendakwaan menyediakan 334 dakwaan rogol
terhadapnya, dan dia harus menjawab baki pertuduhan itu di depan Hakim
Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam, hari ini.
Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan diwakili
peguam Muhammad Amin Abdullah, manakala Timbalan Pendakwa Raya ialah
Nadiah Malek Fauzie.
Lelaki itu turut dituduh dengan satu cubaan merogol seorang lagi anak
saudaranya berusia 10 tahun di bawah Seksyen 376b dan 511 Kanun
Keseksaan serta seorang lagi anak saudara berusia 17 tahun di bawah
Seksyen 376b kanun sama.
No comments:
Post a Comment