KUANTAN: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diagihkan kepada
kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan
secara berperingkat mulai Isnin ini.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar
Abdullah berkata, pembayaran itu dibuat secara tiga kali ansuran dengan
peruntukan dianggarkan RM6.3 bilion.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan BR1M di
Pekan, dekat sini esok. Sehari selepas itu, para penerima boleh
memeriksa bayaran yang dibuat menerusi akaun mereka,” katanya dalam
sidang akhbar selepas majlis perasmian Program Bahtera 2018 (Edisi
Timur) bertemakan ‘Bumiprenerus of Tomorrow’ di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber
Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman
bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian
Ismail dan Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, Datuk
Dr. Aminuddin Hassim.
Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, Perdana
Menter berkata, kira-kira tujuh juta penerima BR1M akan terus menikmati
pemberian kerajaan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 pada tahun
ini.
No comments:
Post a Comment