shahbudindotcom
Ketua
Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan terkejut dengan kedudukan
indeks rasuah negara yang terus menurun berbanding tahun lalu.
Kata
beliau, berdasarkan tindakan agresif dan tangkapan yang dibuat oleh
SPRM pada tahun lalu, indeks itu sepatutnya menjadi lebih baik.
Sebab
itu saya agak terkejut kerana ia nampak tidak selaras dengan realiti,
kata Dzulkilfi yang turut diselubungi kes siasatan polis berhubung
dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang dipercayai
masih berstatus isteri orang.
Bagaimanapun,
Dzulkifli dilaporkan sudah bernikah dengan wanita berkenaan pada
penghujung Januari lalu di sebuah lokasi rahsia di Kelantan.
Senarai
terbaru yang dikeluarkan oleh Transparency International menyaksikan
indeks rasuah Malaysia pada 2017 berada di kedudukan 62 dengan 47 mata,
menurun 7 mata berbanding tahun 2016.
Pada tahun 2016, kedudukan indeks rasuah Malaysia berada pada nombor 55 dengan 49 mata.
Ehh..ehh...ehh...terkejut pulak ya?
Apabila Dzulkifli terkejut, rakyat sebenarnya turut terkejut bagaimana beliau boleh terkejut dengan perkara itu.
Bukankah beliau sepatutnya tahu kenapa indeks rasuah negara terus menurun?
Memang benar ada tangkapan, serbuan dan macam-macam tindakan, tetapi mana hasilnya?
Sudah berada ramai daripada yang ditangkap itu dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman?
Bagaimana
dengan skandal-skandal besar seperti 1MDB, derma RM2,600 juta dan Felda
yang masih tidak selesai yang mana menurut Pengerusi Tranparency
International Malaysia, Akhbar Satar adalah punca utama penurunan indeks
tersebut.
Sehingga skandal itu tidak diselesaikan, kedudukan Malaysia akan terus jatuh untuk tempoh beberapa tahun lagi, kata Akhbar.
Apakah Dzulkifli dan SPRM tidak sedar mengenai punca penurunan indeks itu, lalu buat-buat terkejut dengannya?
Janganlah terkejut bro...
1MDB
ditubuhkan dan dikawal oleh Najib, malah nama beliau terkait sama
dengan skandal kehilangan wang hampir RM20,000 juta yang didalangi
oleh Jho Low, derma RM2,600 juta pula secara langsung melibatkan
dirinya, manakala Felda adalah di bawah seliaan Perdana Menteri sendiri.
Maknanya,
sebahagian besar daripada punca penurunan indeks itu adalah batang
tubuh Najib yang sedang menduduki Seri Perdana sekarang ini.
Selagi
tiada tindakan terhadap skandal yang tidak selesai itu oleh SPRM atau
selagi Najib tidak dijatuhkan, tidak sukar menjangka bahawa indeks
rasuah negara akan terus jatuh, jatuh dan jatuh lagi pada masa depan.
Masalahnya,
beranikah SPRM bertindak terhadap skandal yang tidak selesai itu
sedangkan Dzulkifli sendiri ada kes skandal yang belum selesai?
No comments:
Post a Comment