Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini dijadualkan akan membincangkan isu
peruntukan wakil rakyat daripada kerajaan negeri kepada 13 ADUNnya yang
sehingga kini belum diterima.
Perkara itu disahkan Setiuasaha PAS negeri, Abdul Halim Omar ketika dihubungi Antarapos sebentar tadi.
"Itu antara agenda (perbincangan isu dana ADUN PAS Selangor). Kita ada
banyak perkara untuk dibincangkan, itu salah satu perkara yang kita akan
bincangkan.
"Kita lihatlah nanti apa keputusan yang akan diberikan oleh jawatankuasa itu," katanya ringkas.
Antarapos sebelum ini melaporkan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor,
Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan kelewatan pemberian dana kepada
13 ADUN PAS adalah sesuatu yang luar biasa.
Menteri Besar Selangor, datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menafikan dana itu disekat namun mengalami masalah teknikal.
PAS Selangor sebelum ini memberi kata dua kepada Azmin untuk
menyelesaikan isu peruntukan kepada 13 wakil rakyatnya sehingga perayaan
Tahun Baru Cina.
Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata jika isu peruntukan berkenaan
gagal diselesaikan dalam tempoh itu, pihaknya akan mengambil langkah
susulan.
Sallehen sebelum ini tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menghadap
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika isu pembekuan
peruntukan wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.
No comments:
Post a Comment