KUALA LUMPUR; Mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen ke-13 yang juga
persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14, akan bermula
Isnin ini.
Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah berkata, Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari sehingga 5 April.
Notis pemberitahuan berhubung persidangan itu telah dikeluarkan pada 19
Januari lalu, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Roosme berkata, persidangan akan dimulakan dengan usul menjunjung kasih
dan perbahasan titah diraja selama dua minggu, sebelum menteri-menteri
menjawab perbahasan tersebut pada minggu ketiga.
Ini akan diikuti perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain pada minggu keempat dan kelima, katanya.
No comments:
Post a Comment