Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
SHAH ALAM: Lafaz bai'ah atau ikrar diakui amat diperlukan bagi
sesebuah parti namun jangan sampai ia menjadi ekstrimis, kata
penganalisis politik Edwin Michael Muniandy.
Beliau menegaskan lafaz itu menjadi suatu keperluan dalam menunjukkan
kesetiaan ahli kepada sesebuah parti tetapi tidak sepatutnya menyebabkan
keluarga bercerai-berai jika ahli berkenaan keluar parti.
"Jika dilihat politik dunia, ini tidak diamalkan di negara-negara
lain, tapi ini menjadi satu trend di Malaysia parti-parti politik
mengamalkan tradisi ni, tetapi yang saya rasa terlalu ekstrem adalah PAS
sampai bercerai berai, talak tiga dan sebagainya.
"Tetapi parti politik lain yang mengamalkannya adalah untuk
menunjukkan kepada rakyat bahawasanya calon yang mereka pilih itu
menunjukkan kesetiaan kepada parti.
"(Untuk) menunjukkan persepsi bahawa calon tidak akan lompat parti dan
sebagainya, tapi dalam konteks lain, ini membawa suatu yang buruk
seperti yang berlaku dalam konteks PAS bercerai talak tiga dan
sebagainya", katanya ketika dihubungi Antarapos.
Mengulas lebih lanjut isu ini, Edwin berkata PAS hendaklah mengamalkan
politik sederhana sebagaimana agama Islam mengajar umatnya untuk
bersederhana dalam semua aspek.
"Ini dikatakan obses politik dimana mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan lain.
"Kalau kita lihat dalam konteks Islam sekalipun, semuanya harus dalam
bentuk kesederhanaan. Begitu juga politik, kita perlu bersederhana dalam
politik, tetapi dalam PAS ini kita lihat keobsesannya yang terlampau
sehingga menggugat institusi kekeluargaan itu sendiri," ujar beliau.
Walau bagaimanapun, Pensyarah Sains Politik dari Universiti Tunku
Abdul Rahman (UTAR) itu, juga melihat lafaz bai'ah kini mula menjadi
satu kewajipan setiap kali berlakunya pilihan raya umum.
"Dalam konteks yang umum, menjadi keperluan, mereka menunjukkan
kesetiaan kepada parti, ini bukan bercakap tentang PAS khususnya tapi
parti politk lain, perlu kerana kesetiaan itu ada disitu.
No comments:
Post a Comment