Pengguna dinasihat berhati-hati melalui jalan itu atau menggunakan laluan alternatif, menurut LLM.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya, setakat 11.00 pagi ini hanya lorong paling kanan boleh dilalui.
Pengguna dinasihatkan berhati-hati melalui jalan itu atau menggunakan laluan alternatif, menurut LLM.
Setakat ini Bernama difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Ampang, Razali Budin berkata setakat ini hanya seorang mangsa Azri Yahya berusia 40-an dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 10.12 pagi dan 7 anggota digegaskan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
Menurutnya, sebuah kren rangkak sedang mengangkat cerucuk selongsong bagi kerja pembinaan di kawasan tinggi bersebelahan MRR2 (arah Ampang) hilang imbangan dan jatuh merentangi laluan utama MRR2.
“Ini menyebabkan ‘crane boom’ merentangi laluan utama MRR2 (arah Ampang) dan menutup 2 daripada 3 lorong (lorong perlahan & tengah). Keadaan ini menyebabkan gangguan trafik,” katanya
No comments:
Post a Comment