DETIK DAILY
Oleh FADZIL HALIM
JERAI: Ahli yang menjadi jentera kepada parti merupakan kekuatan PAS yang berperanan menerang dan memahamkan masyarakat terhadap perjuangan parti Islam dengan penuh hikmah.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, hikmah sangat berkait dengan ilmu pengetahuan di mana tuntutannya dinyatakan Allah di dalam ayat 125 surah an-Nahl.
Perkara itu diutarakannya ketika merasmikan Himpunan Jentera Pilihan Raya dan Markas Operasi MTD Guar Chempedak di Dataran MDY Guar Chempedak, di sini semalam.
Semua itu katanya, bertujuan menarik orang ramai kepada PAS di mana dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dipraktik membolehkan penjelasan dilakukan dengan lebih baik dan berkesan.
Kerana menurutnya, BPMS juga adalah pendekatan siyasah dakwah yang mementingkan ukhuwah dan silaturahim hingga sasaran menjadi terbuka dan rasional.
Beliau mengemukakan contoh isu-isu yang dikemukakan PAS seperti kenaikan kos sara hidup, bukanlah mengenai hanya kalangan pendukung pembangkang, tapi juga ahli Umno.
Demikian itu, seruan yang baik, konsisten serta ke arah menjulang syiar dan syariat Islam sebagaimana ayat 208 surah al-Baqarah mestilah diterjemahkan dalam pendekatan mengajak orang ramai kepada PAS.
Oleh itu ujarnya, kekuatan jentera yang sedemikian menjadi kecemburuan musuh hingga berusaha melemahkan dengan tohmahan dan fitnah serta putar belit media, namun gagal dengan istiqamah para ahli.

No comments:
Post a Comment