DETIK DAILY
Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
KUALA NERUS: Rakyat dan pengundi mesti
menyokong dan memilih PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, bukan
kepada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) berdasarkan track
record.
Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Hanafi Syeikh Hassan berkata PAS
mempunyai track rekod yang cemerlang memerintah kerajaan Kelantan selama
27 tahun.
Malah, katanya PAS juga pernah memerintah Terengganu dan Kedah satu penggal termasuk Perak ketika kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita PAS telah ada track rekod itu yang cemerlang. Kita pernah
memerintah Terengganu satu penggal dan 27 tahun memerintah Kelantan.
"Kita (PAS) pernah memerintah Kedah satu penggal dan memimpin Perak
sebelum dijatuhkan termasuk bersama memimpin Selangor dalam kerajaan
Pakatan Rakyat.
"Mudah-mudahan modal ini benar-benar berjaya dipasarkan dan diterima
oleh masyarakat rakyat.
Inilah (PAS) pilihan terbaik, apatah lagi sebagai sebuah gerakan Islam
yang menjadi mata rantai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W,"
ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Chit-Chat Bersama Ustaz Syeikh Hanafi
Sempena Fastaqim Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir,
di perkarangan Pasti Al-Husna, Tok Jembal, Kuala Nerus, kelmarin dahulu.
Menurutnya, pemimpin Umno-BN dan Pakatan Harapan pula mempunyai track
rekod yang tidak baik untuk dipilih serta wajar direhatkan.
Sehubungan itu, Syeikh Hanafi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda
PAS Terengganu yakin PRU14 ini bakal berlaku satu perubahan yang besar
dinamakan Tsunami politik.
"Saya percaya Pemuda Dun Seberang Takir ini juga tidak kurang tahap
keinginan untuk berubah ini. Bila kita hendak buat perubahan apa yang
hendak dijanjikan kepada rakyat?
"Umno-BN dengan Transformasi Negara (TN50) dan parti ini telah rakyat
beri peluang memerintah puluhan tahun. Maka, sudah tiba masanya untuk
rakyat beri rehat kepada Umno-BN pada pilihan raya kali ini.
"Adapun Pakatan Harapan pula, tidak mempunyai agenda yang baik. Apatah
bekas diktator ketuanya hendak dijadikan Perdana Menteri Malaysia
semula.
"Apa yang kita hendak harapkan kepada orang (pemimpin) yang telah ada
track rekod politiknya selama 22 tahun jadi PM (Tun Dr Mahathir),"
tegasnya.
Beliau turut mengakui keupayaan PAS yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan.
"Apa buktinya? Bukti paling besar ialah tidak pernah ada seorang pun
pimpinan-pimpinan kita (PAS) kerajaan di Kelantan yang didakwa rasuah
dan inilah ibu segala ibu mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan.
"Kerajaan yang berintegriti dan inilah yang kita (PAS) hendak pasarkan
kepada rakyat. InsyaAllah, jika berlaku perubahan sungguh baik di
peringkat negeri mahupun pusat," jelasnya.
Moderator program itu, Raja Arizal Raja Arif dan hadir sama Pengarah MTD
Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.-H/D
No comments:
Post a Comment