Perlis menyasarkan untuk menjadi pengeluar buah tin terbesar di Asia Tenggara menerusi ladangnya di Lembah Chuping di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata ladang seluas 10 hektar itu yang ditanam dengan 16,000 batang pokok merupakan ladang komersial tunggal terbesar di rantau ini.
Selain itu katanya projek tersebut turut melibatkan penanaman buah berkhasiat tinggi (superfruits) lemon seluas 10 hektar dan gac (5 hektar) iaitu kumpulan buah yang kaya dengan antioksidan, fiber, vitamin dan mineral.
“Projek ini merupakan usaha sama yang diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia serta rangkaian universiti IMT-GT yang menyasarkan penanaman superfruits.
Projek disasar dapat menyumbang kepada pelan tindakan negara berhubung keselamatan makanan dan nutrisi, katanya.
Selain itu, Azlan berkata projek berkenaan juga antara usaha transformasi kerajaan negeri untuk menjadi hab pengetahuan tentang superfruits di negara ini.

Kami bekerjasama dengan syarikat tempatan FigDirect Sdn Bhd sebagai rakan kongsi untuk meneraju projek, katanya kepada pemberita pada Pelancaran IMT-GT: ‘Perlis Superfruits’ dan Pertukaran Memorandum Perjanjian, di sini hari ini.Beliau berkata ladang terbabit mula beroperasi pada Disember 2016 dan hasil pertama dituai pada April 2017.
Selain itu katanya projek tersebut turut melibatkan penanaman buah berkhasiat tinggi (superfruits) lemon seluas 10 hektar dan gac (5 hektar) iaitu kumpulan buah yang kaya dengan antioksidan, fiber, vitamin dan mineral.
“Projek ini merupakan usaha sama yang diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia serta rangkaian universiti IMT-GT yang menyasarkan penanaman superfruits.
Projek disasar dapat menyumbang kepada pelan tindakan negara berhubung keselamatan makanan dan nutrisi, katanya.
Selain itu, Azlan berkata projek berkenaan juga antara usaha transformasi kerajaan negeri untuk menjadi hab pengetahuan tentang superfruits di negara ini.
No comments:
Post a Comment