Monday, February 12, 2018

NGO gesa SPRM siasat pemimpin cabang PKR Selangor terlibat rasuah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Cabang PKR Sungai Besar, Mohd. Fauzi Ahmad dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Abu Talib Bujang berkaitan tender penganjuran Ekspo Raya Aidilfitri 2016 di Sungai Besar, Selangor.
 
Pengerusi Nadi Rakyat Sungai Besar, Khairulnaem Abu Samah berkata, dakwaan yang didedahkan oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin baru-baru ini itu perlu disiasat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor.
 
Beliau percaya lebih banyak kes rasuah di Selangor akan terbongkar dan rakyat dapat menilai siapa dalang sebenarnya.
 
“Korupsi jelas berlaku dengan Mohd. Fauzi selaku Ahli Majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) berada dalam mesyuarat majlis yang meluluskan projek untuk syarikat yang ada kepentingan keluarganya.
 
“Abu Talib selaku Ahli Majlis (Perlesenan) MDSB jelas menerima suapan bagi menyokong syarikat berkepentingan Mohd. Fauzi memperoleh projek,” katanya dilapor Utusan Malaysia.
 
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan entri blog Badrul Hisham berkaitan dakwaan rasuah berkenaan ke pihak SPRM di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di sini hari ini.
 
Pada entri blog chegubard.blogspot.my bertarikh 5 Februari lalu, Badrul Hisham mendakwa perbuatan rasuah itu berlaku ketika Mohd. Fauzi dan Abu Talib menjadi Ahli MBSB. 
 
Katanya, sangat jelas terbukti Mohd. Fauzi yang berada dalam mesyuarat majlis, telah meluluskan syarikat Ligat Bina Enterprise yang mempunyai kepentingannya untuk mengendalikan Ekspo Raya dan Bazaar Ramadhan MDSB 2016. 
 
Mohd. Fauzi juga didakwa membayar RM10,000 kepada Abu Talib sebagai habuan untuk membantu kelulusan tersebut.
 
 

No comments: