Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Rundingan bersabit agihan kerusi DUN Selangor tidak banyak
menunjukkan perkembangan ketika ia dibincangkan menerusi Mesyuarat
Jawatankuasa Agihan Kerusi Pakatan Harapan (PH) negeri hari ini.
Ditemui pemberita selepas mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam
itu, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar
yang tidak banyak memperincikan mengenai mesyuarat itu berkata, baki
kerusi yang menjadi pertindihan itu akan dibincangkan selepas perayaan
Tahun Baru Cina.
Ketika ditanya berapa banyak lagi kerusi yang masih belum diselesaikan, Xavier tidak memperincinya dengan jelas.
"Kira-kira 15 kerusi lagi, mungkin.. Mungkin 15 ke 20 kerusi" katanya ringkas selepas mesyuarat itu.
"Ada sedikit kefahaman bahawa kita nak menang Selangor, semua parti
bersama dengan kita dalam isu ini dan kita akan teruskan perundingan ini
lepas perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.
"Untuk sementara itu parti akan balik kepada parti masing-masing untuk
bincang kerusi lagi dalam Selangor. Dan selepas itu kita akan adakan
keputusan. Hari ini tiada keputusan lagi," kata ADUN Sri Andalas itu.
Berita lanjut menyusul.
No comments:
Post a Comment