Thursday, February 15, 2018

Lelaki didakwa pukul isteri guna ekor pari

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUANTAN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya menggunakan ekor ikan pari.
 
Tertuduh, Ruslan Ahmad, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
 
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah memukul isterinya yang berusia 31 tahun sehingga cedera di bahagian perut kira-kira jam 9 malam Selasa lalu di rumah mereka di Taman Dato Rashid Salleh, di sini.
 
Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
 
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua darinya.
 
Manakala Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula boleh dipenjara dua kali ganda hukuman penjara maksimum bagi Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
 
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayati Abdullah.
 
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 Mac depan.
 
 

No comments: