DETIK DAILY
Oleh Muhammad Syafiq Azmi
PAS merupakan sebuah parti yang berpengalaman dalam konteks politik
Malaysia. Penubuhan PAS adalah permulaan awal kepada terma "pecah belah"
undi Melayu dan Islam di Tanah Melayu dan Malaysia.
Pertembungan antara faham nasionalis dan agamanis ketika itu mendorong
mereka yang tidak dominan bagi melaksana agenda "Islam" bertindak
menubuhkan PAS selepas kegagalan calon bernuansa agama Ahmad Fuad Hasan
gagal merebut jawatan Yang Dipertua.
Maka tertubuhlah PAS pada 1951 yang menjadi saingan politik kepada Umno
ketika itu hingga ke zaman gemulah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bermulalah perjalanan parti serpihan Umno iaitu PAS sebagai parti
pembangkang yang digeruni. Hikayat parti serpihan ini tidak terhenti di
situ kerana selepas itu wujud pelbagai parti serpihan baik daripada PAS
dan Umno seperti Berjasa (1970-an), Hamim (1980-an) dan Semangat
46(1980-an).
Namun pasca pulangnya sosok yang mesra dengan panggilan Tok Guru Nik Aziz kepada
penciptaNya mengubah lanskap politik PAS.
Perubahan drastik dan besar itu boleh dianggap sebagai tsunami
konservatif yang lama bergulung bagai membadai mereka yang lebih
progresif ketika mereka asyik dengan konsep PAS untuk semua.
Mereka alpa dengan gerakan fitnah dan pembunuhan watak (character
assassination) yang dijalankan untuk bertemu dengan pemilihan parti
dalam muktamar 2015.
Kelekaan itu kekal sehingga keputusan pemilihan itu diumumkan. Dalam
ucapan akhir mereka dipentas muktamar tersebut, barulah terzahirnya rasa
kecewa, marah dan geram. Itulah permulaan bagi mereka dan bukannya
pengakhiran.
Selepas kisah itu maka tertubuhlah Amanah. Menelusuri sejarah mengapa
iaa ditubuhkan sebenarnya tidak ada beza sebab utama PAS ditubuhkan
hampir tujuh dekad yang lalu.
Dek kerana tidak mampu bergerak dengan agenda kusam dan lapuk PAS maka
beberapa bekas pimpinan PAS mengambil keputusan bagi menubuhkan Amanah
pada 2015.
Ia ditunjangi pimpinan yang mahu membawa corak politik lebih bersifat
tenang dan sederhana. Tidak mahu menjadi penghukum dan tuhan dalam
pertembungan dengan lawan politik mereka.
Dan barisan pimpinan yang ada hari ini jugalah yang berusaha mengangkat
PAS itu lebih terbuka dan inklusif sehingga mampu mewujudkan gabungan
yang kuat bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat selepas 2008
Hingga ke saat ini pemimpin yang sama komited kepada agenda perubahan
bersama. Walaupun pemimpin Amanah ini adalah kelompok yang sama dilabel
sebagai "barua" DAP oleh Umno ketika mereka masih di dalam PAS, mereka
terus kekal dengan nekad dan tekad yang sama untuk menjatuhkan kezaliman
yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) secara konsisten
Natijahnya, hubungan Amanah dan DAP bukan saja menjadi bola tanggung
kepada Umno, malah PAS juga mula menggunakan kalam "kuda tunggangan" DAP
kepada pimpinan Amanah hari ini
Begitulah harga yang perlu dibayar oleh mereka demi memperkenalkan politik yang lebih harmoni dan berhemah
Itulah keberanian pimpinan Amanah yang perlu dan wajar dicontohi oleh
pimpinan PAS yang masih terperangkap dalam politik bangsa dan agama.
Walau dihina dan dimaki demi kesejahteraan rakyat Malaysia mereka
merelakan tubuh mereka dilukai.
Tidak seperti pimpinan PAS hari ini. Mereka lebih suka berselingkuh
secara terbuka tetapi dalam masa sama menafikan hubungan gelap mereka.
Ketakutan ini adalaj sesuatu yang perlu difikirkan oleh masyarakat dan
penyokong PAS. Jika benar meraka mahu mengembalikan undi dan sokongan
Melayu Muslim kembali dilihat satu, inilah masa yang paling sesuai untuk
mereka bersatu menjadi satu.
Jika tidak itulah yang perlu disedari oleh rakyat akan sikap PAS yang
semakin mirip kepada Umno yang hanya menjadikan sentimen sebagai alat
memenangi pilihan raya.
Ketakutan PAS kepada Amanah memang berasas tetapi adalah tidak logik
kewujudan Amanah menjadi penyebab kepada terpecahnya undi Melayu dan
Muslim.
Dan inilah masa PAS menjadi adiwira menyatukan kembali undi Melayu dan
Muslim. Itu pun jika mereka berani, jika tidak merekalah penyebab awal
dan penyebab besar mengapa undi Melayu dan Muslim itu terus terpecah
belah. Mungkin penyatuan itu dapat menyegerakan RUU 355 yang lama
tertangguh. –
No comments:
Post a Comment