LEBUH LIGHT: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan portal berita
FZ.com dan pengarang urusannya Terence Fernandez membayar RM320,000
kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Tan Kok Ping
kerana memfitnah.
Saman itu berkaitan artikel bertajuk "MACC begins probe on Merc
purchase" (SPRM mula siasat pembelian Mercedes), yang ditulis oleh
Fernandez dan disiarkan FZ.com pada 3 Januari 2014.
Artikel itu menyatakan SPRM didakwa cuba menentukan kaitan antara
pembelian Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri daripada Lowe Motors
Sdn Bhd dan Tan, yang dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat
itu.
Bagaimanapun, pada hari yang sama, SPRM, menafikan mengeluarkan
kenyataan bahawa mereka mula menyiasat pembelian kenderaan untuk Lim
itu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed mengarahkan FZ Sdn Bhd dan Fernandez
membayar kerugian am RM150,000 kepada Lim dan RM100,000 kepada Tan dan
kos RM35,000 setiap seorang.
Fernandez memberitahu pemberita bahawa beliau akan berbincang dengan peguam untuk memfailkan rayuan.
FZ.com kini tidak lagi beroperasi.
No comments:
Post a Comment