Monday, April 20, 2015

Warga Emas Hilang Ditemui Mati Di Ladang Sawit

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
DUNGUN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang diKampung Tepus pada 2 April lepas, ditemui mati di kawasan ladang sawit milik Ketengah Holding di sini, Ahad.

Mayat Jusoh Abdullah, 79, dijumpai kira-kira 10 pagi tadi oleh pekerja ladang yang melakukan kerja-kerja pembersihan selepas terhidu bau busuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat warga emas itu kira-kira 3 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Polis percaya mangsa telah meninggal dunia lebih daripada seminggu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput, katanya.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Jusoh dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun getah miliknya di KampungTepus dengan menaiki basikal.

No comments: