Tuesday, April 21, 2015

Pua: Berhenti komen, Khalid

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya berhenti memberi komen mengenai insiden protes antisalib di Taman Medan kerana abangnya terlibat, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Katanya, Khalid sepatutnya mengelak daripada membuat kenyataan lanjut atau menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan.

"Sikap tidak memihak dan pertimbangan Khalid dipertikaikan apabila beliau mengetepikan kes itu tampa melakukan siasatan rasmi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Pua, sepatutnya siasatan dibuat dan diketuai timbalan Khalid, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan perkara itu perlu merujuk secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Sekurang-kurangnya kita tidak diaibkan apabila ketua polis negara begitu cepat menghalalkan tindakan abangnya untuk menghentikan siasatan," katanya.


No comments: