Syarul, 25, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, Negeri Sembilan selepas penggambaran drama Street Vendetta. Kemalangan terjadi di jalan Sungai Ujong.
"Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke atas.
"Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, Syarul berkata, kereta jenis Honda City yang dinaikinya dalam proses untuk dialihkan.
Dia kini masih menyelesaikan beberapa hal termasuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran.
Syarul yang merupakan pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja dan popular menerusi drama Romi Cinta Julia.
No comments:
Post a Comment