KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat akan membuka kertas
siasatan berhubung laporan salah laku yang dilaporkan berlaku ketika
Mesyuarat Pemilihan Pas Kawasan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi berkata, buat masa sekarang pihaknya masih membuka peti aduan dan siasatan hanya akan dilakukan selepas 24 April (Jumaat) ini.
"Antara laporan salah laku yang telah rasmi diterima adalah dari Pas Puchong. Aduan tidak rasmi pula diterima dari Pas Kapar, dan Pas Kuala Selangor. Laporan rasmi akan diterima dari Pas Kuala Langat petang nanti.
"Selain itu kami turut terima aduan rasmi mengenai salah laku dari Pemuda Pas Tumpat di Kelantan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Jelas beliau lagi, antara aduan yang diterima termasuk laporan penggunaan borang yang tidak dipatuhi Pas Kawasan, dan nama calon yang sepatutnya bertanding tercicir dari senarai.
"Kesemua ini saya sifatkan sebagai satu perkara yang tidak adil. Mereka (Pas Kawasan yang terlibat) bukannya tidak tahu mengenai peraturan yang telah ditetapkan.
"... Mereka bukan tak faham peraturan, mereka cuma tidak ikut peraturan yang digariskan," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut menggesa Pas kawasan yang mempunyai aduan untuk menghantar laporan selewatnya pada Jumaat itu.
"Aduan hendaklah dihantar secara rasmi kepada kami. Ia bertujuan untuk memudahkan siasatan. Tarikh tutupnya adalah 24 April ini, sebarang aduan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment