Bernama
Proton
Holdings Bhd (Proton) berkata jualan yang dicatatkan pada bulan
November telah
menjadikan jumlah unit kereta Proton dijual setakat tahun
ini adalah 96,410 unit. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Jualan kereta Proton telah meneruskan trajektori pertumbuhannya dengan
mencatatkan prestasi kukuh pada akhir 2020 selepas dengan 11,411 unit
dijual pada November, 2020, kadar pertumbuhan sebanyak 18 peratus tahun
ke tahun.
Dalam satu kenyataan,
Proton Holdings Bhd (Proton) berkata jualan yang dicatatkan pada bulan
November telah menjadikan jumlah unit kereta Proton dijual setakat tahun
ini adalah 96,410 unit.
"Walaupun
jualan untuk model Proton lain untuk bulan ini sedikit menurun
berbanding Oktober, penghantaran Proton X50 yang baharu mula mendapat
momentum dengan 1,756 unit telah dihantar, menjadikannya kenderaan
utiliti sukan (SUV) segmen B (lima tempat duduk) terlaris di Malaysia.
"Digabungkan
dengan jualan 2,157 unit Proton X70, ini menjadikan Proton sebagai
mendahului jualan SUV secara keseluruhan," kata Ketua Pegawai Eksekutif
Proton Edar, Roslan Abdullah.
Jualan
kereta Malaysia terus mengungguli unjuran pasaran dari awal tahun ini,
dengan jumlah keseluruhan industri dianggarkan melebihi 56,000 unit
untuk bulan ketiga berturut-turut.
"Sebilangan besar ini adalah disebabkan oleh tawaran akhir tahun oleh jenama kereta.
"Tahun
ini kami dapat memasukkan insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) dan pelancaran model baharu yang popular seperti Proton X50
sebagai pemacu pertumbuhan volum," kata Roslan.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment