UMNO ONLINE
KUALA LUMPUR – Menjelang tahun baharu 2021, menjadi harapan rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional dapat segera melunaskan lima isu utama yang masih tertunggak berkepentingan nasional dan rakyat.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di dalam satu hantaran di Facebooknya, antara yang mustahak adalah seperti berikut:
1. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Tabung Haji.
2. Pendakwaan kepada pihak yang terlibat dengan kes pembunuhan Arwah Muhammad Adib sebagaimana hasil dapatan Inkues.
3. Membuka balik kertas siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang ditarik balik daripada pendakwaan di mahkamah mahupun ditutup siasatan pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan memerintah.
4. Penambahbaikan inisiatif i-Sinar bagi membolehkan Akaun 1 KWSP dikeluarkan tanpa sebarang syarat/kriteria dengan jumlah pengeluaran maksimum secara one-off RM10,000.
5. Pemantauan dan penambahbaikan kaedah lanjutan moratorium yang diberikan institusi-institusi kewangan komersil tanpa membebankan rakyat di kalangan peminjam.
“Apakah anda bersetuju dengan lima isu utama ini? Atau ada tambahan lain?’ soalnya lagi.
Berdasarkan komen-komen di Facebooknya itu, majoriti bersetuju dan seorang netizen yang menamakan diri sebagai Amiey Zek menyokong penuh sebarang usaha untuk kebaikan rakyat.
“Kami di akar umbi akan menyokong sepenuhnya apa yang baik untuk rakyat dan negara… Terima kasih Pemuda UMNO Malaysia,” katanya.
Lima tuntutan tersebut turut dipersetujui oleh Wan Razji, terutama tuntutan keempat berkaitan penambahbaikan i-Sinar.
“Sangat-sangat setuju lebih-lebih lagi yang nombor empat Datuk.. itu yang rakyat nanti-nantikan.. sinar harapan di tahun baru 2021,” ujarnya.
Selain i-Sinar, isu moratorium juga menarik perhatian, sebagai pandangan seorang pelayar maya yang menamakan sebagai Cahaya Bulan.
“Moratorium tu Datuk mohon buat lanjutan untuk semua macam yang pertama masa tu… bukan penambahbaikan sahaja… sebab kami golongan M40 yang bukan golongan penerima bantuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional) tak dapat langsung walhal komitmen makin tinggi jugak untuk membantu keluarga yang terjejas,” katanya.
Begitu juga dengan pendapat Ika AtiqahBazla Fatin yang turut bersetuju usaha Pemuda UMNO itu.
“Setuju… perjuangkan untuk kami… suara rakyat… kami mahu perjuangan lima perkara ini diperjuangkan,” ujarnya.
Manakala seorang netizen, Rosli Mustapa mencadangkan ditambah satu lagi tuntutan iaitu memohon Pemuda UMNO melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung isu penglibatan ahli keluarga dari individu yang dikenali yang membabitkan transaksi dana kepada mereka melalui institusi kewangan negara jiran berkaitan kes 1MDB. – UMNO ONLINE
No comments:
Post a Comment