Astro Awani
Permohonan
secara dalam talian boleh dibuat bermula 21 Disember ini, dengan
pembayaran
kepada ahli yang layak akan dibuat pada pertengahan Januari
2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran
kemudahan skim i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga lapan juta ahli
yang layak.
Ia terbahagi kepada dua kategori. Bagi anda yang inginkan perincian mengenai program i-Sinar, berikut adalah kriterianya:-
Kategori 1
-
Ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja
di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang
pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan;
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori ini:
1) Tiada dokumen sokongan diperlukan;
2) Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
3) Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Kategori 2
Ia
adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan
pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk
pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa)
selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal
pasti melalui dokumen yang diberikan.
KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan;
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
-
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan
lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi
pertimbangan.
- Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Berapakah jumlah kelayakan i-Sinar?
Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran
pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
b.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh
membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah)
daripada Akaun 1.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Sementara
itu, mulai upah Januari 2021 (Caruman Februari 2021) hingga upah
Disember 2021 (Caruman Januari 2022), Kadar Caruman Berkanun Syer
Pekerja akan diturunkan ke 9%.
Sekiranya
pencarum ingin mengekalkan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja pada
11peratus, mereka perlu lengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) dan
kemukakan kepada majikan.
No comments:
Post a Comment