Adie Sufian Zulkefli
Lebih
15 keluarga terputus hubungan setelah hujan lebat sejak petang
semalam
menyebabkan jalan ke Kampung Kubang Juluk, Naka terputus
akibat
ditenggelami air. -Astro AWANI
PADANG TERAP:
Lebih 15 keluarga terputus hubungan setelah hujan lebat sejak petang
semalam menyebabkan jalan ke Kampung Kubang Juluk, Naka terputus akibat
ditenggelami air.
Sekretariat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd
Shukri Shuib berkata kawasan itu dinaiki air setinggi hampir tiga meter.
Beliau
berkata setakat ini anggotanya sedang melakukan pemantauan di kawasan
berkenaan untuk memastikan penduduk di kawasan itu selamat.
Air dari sungai berhampiran kawasan ini naik sejak jam 4 pagi tadi.
Setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, namun APM terus melakukan pemantauan setiap masa.
No comments:
Post a Comment