Nazilah (kiri) menunjukkan laporan polis yang
dibuat terhadap pengendali laman Facebook yang didakwa berterusan
mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan rakyat
negara ini.
Menurutnya, situasi itu didakwa bakal menimbulkan kerisauan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat yang akhirnya akan mengancam keselamatan negara.
“Ini kerana pihak itu setiap hari mengeluarkan hantaran berita palsu, mempersendakan dan memutarbelitkan kenyataan menteri,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9 hari ini.
Nazilah dalam pada itu memohon pihak polis membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) juga katanya, perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menghasut rakyat supaya membenci dan menyalahkan kerajaan.
“Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) perlu dikembalikan bagi membendung kegiatan berniat jahat oleh pihak terbabit. Perkara ini perlu diambil serius oleh pihak kerajaan kerana jika tidak dibendung ia akan menjadi barah yang parah.
No comments:
Post a Comment