Solat tarawih, tahajud di dua masjid diteruskan tanpa kehadiran jemaah
RIYADH – Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk melonggarkan arahan perintah berkurung sepanjang bulan Ramadan.
Rancangan
itu dikatakan akan menjadi kelegaan bagi kebanyakan penduduk di beberapa
bandar yang tertakluk di bawah sekatan tegas, susulan usaha memutuskan
rantaian penularan wabak COVID-19.
Agensi
berita negeri SPA melaporkan, kelonggaran perintah itu memberi lebih
masa untuk orang ramai membeli barang keperluan di dalam kawasan
kejiranan mereka.
Penduduk
yang tinggal di wilayah atau bandar, di mana perintah berkurung 24 jam
tidak dilaksanakan akan dibenarkan meninggalkan kediaman dari jam 9 pagi
hingga 5 petang.
Sementara,
penduduk di bandar bawah perintah berkurung 24 jam akan dibenarkan
meninggalkan kediaman mereka dari jam 9 pagi hingga 5 petang, tetapi
hanya untuk tujuan penting sahaja seperti rawatan perubatan, membeli
barangan keperluan dan hanya dua orang dalam satu kenderaan.
Makkah dan Madinah antara yang terbabit dalam rancangan menarik balik perintah berkenaan sepanjang Ramadan.
Pihak
berkuasa Arab Saudi memutuskan untuk mengadakan solat tarawih dan
tahajud di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, namun tetap menangguhkan
kehadiran jemaah.
Hanya
pegawai dalam ketua presiden dan kakitangan pembersihan sahaja akan
dibenarkan untuk menghadiri solat berjemaah itu. – Agensi
No comments:
Post a Comment