Tiba masa keluarkan MyKad baru, miliki ciri canggih
Mykad sedia ada mudah diseleweng oleh pihak berkepentingan
BANGI
– Sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan kad pengenalan (MyKad)
baharu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih ketat serta canggih
berbanding ketika ini yang mudah dipalsukan.
Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris
berkata, secara kasarnya jenayah MyKad terbahagi kepada dua iaitu jenis
pemalsuan yang membuat MyKad tiruan sama seperti sedia ada, bagaimanapun
ciri-ciri keselamatannya tidak kuat.
Dakwanya, MyKad palsu jenis ini atau
‘duplicate identification‘ biasanya digunakan oleh agen rahsia
antarabangsa untuk melakukan kerja penyamaran masuk ke pejabat penting
kerajaan bagi memperolehi maklumat rahsia kerajaan, khususnya pejabat
Menteri Pertahanan.
“Manakala, jenis kedua ialah MyKad yang
diseleweng melalui sindiket yang melibatkan orang dalam. Jenis ini amat
sukar dibuat pengecaman sama ada ia penduduk asal atau pendatang haram,
disebabkan segala ciri-ciri keselamatannya sama sahaja dengan pemegang
MyKad yang asli.
“Jika ada pun perbezaan, hanya pada
nombor siri yang mungkin sama dengan nombor siri yang terdapat pada
pemegang MyKad orang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Haji Rashidi bagaimanapun berkata, timbul
persoalan adakah penyelewengan MyKad mempunyai kaitan dengan kes
kemasukan pelancong asing terutamanya dari China dan India yang telah
masuk ke dalam negara dan tidak keluar seperti yang direkod dalam
statistik Laporan Ketua Audit Negara 2018.
Menurut laporan berkenaan, katanya, data
ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs),
didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar
sepanjang 2016 hingga 2018.
“Justeru, tidak mustahil jika dikatakan
sebahagian besarnya mungkin telah dapat sijil kelahiran dan MyKad
melalui sindiket?,” dakwa beliau.
September tahun lalu, polis berjaya
membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China yang didalangi
pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kes itu terbongkar selepas pegawai
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membuat laporan polis berikutan
permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah, namun pemohon
didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai
berlaku pada Mei tahun lalu.
Difahamkan, MyKad berkenaan dijual dengan anggaran harga RM100,000 hingga RM600,000.
No comments:
Post a Comment