Sembilan individu terpaksa berputih mata apabila ditipu sindiket menjual penutup hidung dan mulut dalam talian
KEPALA BATAS - Sembilan individu terpaksa berputih mata
apabila ditipu sindiket menjual penutup hidung dan mulut dalam talian
melibatkan kerugian berjumlah RM53,135 sepanjang pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua
Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd
Noor berkata, berdasarkan siasatan awal polis, penipuan itu didalangi
sindiket warga tempatan dan mereka mengambil kesempatan terhadap orang
ramai yang memerlukan penutup hidung dan mulut ketika ini.
"Setakat
ini, seramai sembilan orang telah menjadi mangsa termasuk terbaharu
seorang lelaki berusia 29 tahun mahu membeli penutup hidung dan mulut
berkenaan untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakannya kerana sukar
mendapatkannya di farmasi serta kedai.
"Dalam
kejadian semalam, pekerja swasta itu membuat tempahan sebanyak tujuh
kotak bernilai RM550 kepada suspek menerusi laman sosial Facebook, namun
hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi penjual serta membaca
komen-komen mendapati ramai menjadi mangsa suspek," katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Lelaki itu membuat laporan polis dan pihaknya kini giat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam penipuan itu.
Beliau
menasihati orang ramai agar berhati-hati jika membuat pembelian dalam
talian dan membuat semakan melalui laman sesawang
http://ccid.rmp.gov.my/semakmula/ terlebih dahulu sebelum membeli.
-
Bernama
No comments:
Post a Comment