Urusan permohonan kerja masih boleh diakses melalui Portal SPA
BANGI
– Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melanjutkan tarikh untuk
tidak beroperasi bagi semua premisnya di seluruh negara sehingga 12 Mei
ini.
Dalam satu
kenyataan hari ini, SPA berkata, keputusan berkenaan selaras dengan
lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan premis
kerajaan.
“Urusan permohonan pekerjaan masih boleh terus diakses melalui Portal SPA.
“Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan terus ke sistem ePertanyaan di Portal SPA,” kata suruhanjaya itu.
Malaysia
kini memasuki hari terakhir tempoh PKP fasa ketiga, dan akan menyambung
lagi dua minggu bagi fasa keempat sehingga 12 Mei ini.
Setakat
semalam, jumlah kes pulih terus meningkat berbanding kes baharu yang
dilaporkan. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 95 kes pulih dan
dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kini 3,957 kes.
No comments:
Post a Comment