Friday, April 24, 2020

Warga emas hilang selepas pulang dari klinik

Syahril A. Kadir

93890189_10158207414308050_8081033086852136960_o-e1587658371959


KUANTAN – Seorang lelaki warga emas gagal dikesan setelah pulang mengambil ubat dari Klinik Kesihatan Beserah di sini pagi semalam.

Chan Peng Hong, 87, sebelum itu dikatakan memandu keretanya, sebuah Perodua Kancil berwarna perak bernombor pendaftaran CBA 3415 dari rumahnya di Lorong Seri Kuantan 89 untuk mengambil ubat di klinik berkenaan.

Difahamkan selepas keluar dari klinik tersebut kira-kira pukul 10 pagi, Peng Hong memandu keretanya itu keluar dari klinik tersebut.

Namun sehingga kini dia masih tidak dapat dikesan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh anaknya di Balai Polis Beserah kira-kira pukul 6 petang berikutnya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Peng Hong boleh menghubungi anaknya, Chan Lee King di talian 019-2332238, Chan Fook Nuon 019-9898662 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – Malaysia Gazette

No comments: