Oleh Athirah Huda Zalhe
Jadi tanggungjawab Wisma Putra bawa isu ke ASEAN, antarabangsa
BANGI
– Malaysia tidak boleh menyelesaikan isu pelarian etnik Rohingya yang
berlaku ketika ini secara bersendirian, kata Amir Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Beliau
berkata, meskipun menjadi tanggungjawab sebuah negara Islam membantu
kaum seagama yang berdepan jenayah genosid, namun tanggungjawab
berkenaan tidak boleh diurus secara sentimen semata-mata.
Pemimpin
gerakan Islam itu yakin tanggungjawab berkenaan hendaklah diurus
mengikut sistem dan prosedur operasi standard (SOP) yang betul, kerana
ia boleh membawa implikasi tidak baik kepada kepentingan negara dan
rakyat Malaysia.
“Oleh itu,
menjadi tanggungjawab Wisma Putra untuk bergerak di peringkat ASEAN dan
juga antarabangsa bagi mencari penyelesaian kepada isu Rohingya ini,”
katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Pada 17
April lalu media melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
mematahkan cubaan kira-kira 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik
Rohingya menyeludup masuk ke negara ini melalui perairan Langkawi.
Kumpulan
PATI itu dikesan menaiki bot di kedudukan 70 batu nautika, iaitu 129.6
kilometer (km) dari barat Pulau Langkawi, pada jam 10.26 pagi sebelum ia
diiring keluar dari perairan negara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM).
Kejadian
itu turut mengundang sentimen negatif masyarakat apabila ada segelintir
pihak di media sosial membakar kebencian umum dengan mengaitkan insiden
itu dengan tuntutan hak kerakyatan.
Rata-rata
pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang terhadap kedaulatan negara
berikutan kemasukan lambakan pelarian Rohingya ke Malaysia.
Mengulas
perkara itu, Ustaz Abdullah Zaik berkata, saluran yang dipilih etnik
Rohingya di negara ini untuk menyampaikan suara mereka melalui
demonstrasi ternyata tidak menyenangkan hati rakyat Malaysia.
“Saya fikir mereka patut memahami budaya hidup rakyat Malaysia dan mencari jalan yang lebih berhemah untuk menyampaikan hasrat.
“Jika tidak, simpati rakyat Malaysia hanya akan bertukar menjadi benci,” katanya.
No comments:
Post a Comment