KOTA BHARU: Persiapan sembilan sekeluarga menyambut Aidilfitri menjadi suram apabila rumah sewa yang didiami mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nangka dekat Pengkalan Chepa, di sini pada Ahad.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Samsuddin Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Katanya, seramai 14 anggota dari BBP Pengkalan Chepa dan Kota Bharu dengan dibantu pasukan bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun Perodua Viva dapat diselamatkan dan hanya 20 peratus terbakar di bahagian hadapan," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 7.35 malam dan kerja pemadaman tamat pada jam 8.10 malam.
"Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan setakat ini punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment