Wednesday, June 26, 2019

Pembantu Loke nafi enggan jumpa pemandu teksi, buang memo

Sebelum ini, kira-kira 500 pemandu teksi menyerbu majlis rumah 
terbuka Kementerian Pengangkutan di Putrajaya untuk bertemu 
Anthony Loke dan menyerahkan memorandum mereka.
 
PUTRAJAYA: Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan Mohamad Dahlan Maamor hari ini membuat laporan polis bagi menafikan 2 tuduhan dilemparkan Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM) yang disifatkan sebagai fitnah dan tidak berasas.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan di IPD Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berkata ia berkaitan tuduhan enggan bertemu dengan wakil GTSM yang datang ke Kementerian Pengangkutan pada 19 Jun lepas dan tuduhan membuang memo yang diterima daripada GTSM dalam bakul sampah.

“Jadi hari ini saya tampil untuk buat laporan dan beri keterangan berdasarkan fakta mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada 19 Jun,” katanya.

Menurut Dahlan, beliau difahamkan pihak GTSM juga membuat laporan polis terhadapnya kononnya beliau melabel pemandu teksi yang berhimpun di Kementerian Pengangkutan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri kementerian itu sebagai membuat kecoh.

No comments: