PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLH
Singapura tiba-tiba sokong pelan laluan jalan kaki Tambak Johor
LIHATLAH!
Bijak ultra kiasu berstrategi. Apabila timbul sahaja idea mahu
memperkemas dan memperkukuhkan lagi Tambak Johor oleh negara kita, maka
negara ultra kiasu Singapura terus bersetuju dengan cadangan pembinaan
laluan pejalan kaki (termasuk motosikal).
Jika ini
dilakukan, bermakna Tambak Johor akan terus kekal sampai bila-bila –
sampai kiamat. Sudah tentu ia tidak menguntung kita, tetapi, keuntungan
paling besar kepada Singapura.
Sejak dahulu lagi negara ultra kiasu mahukan Tambak Johor kekal di situ dan tidak boleh ada yang menggantikan jambatan itu.
Tambak
Johor sangat menguntungkan negara ultra kiasu dan amat merugikan
Malaysia. Sebab itu, idea jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor
yang pernah dicadangkan dan dikemukakan oleh Tun Dr Mahahtir Mohamad
ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 ditentang habis-habisan oleh negara
ultra kiasu itu.
Lebih
menyedihkan lagi, pembinaan jambatan bengkok terbantut dan dibatalkan
ketika zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi PM.
Saya masih
ingat ucapan tegas negarawan kita sekarang, ketika menjadi PM ke-4
mengenai idea pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor, jika
negara Singapura tidak setuju, kita akan terus bina sehingga sampai ke
kawasan perairan kita, kemudian disambung dengan Tambak Johor sebelah
Singapura.
Logiknya
mudah, ini kerana apabila dibuka sahaja Tambak Johor dengan jambatan
baharu (jambatan bengkok) yang membolehkan kapal melalui di bawahnya,
sudah tentu ia menguntung Malaysia dan menjejaskan industri pelabuhan
negara ultra kiasu itu.
Pelabuhan
kita di Tanjung Pelepas akan menjadi saingan besar kepada Singapura.
Sekarang ini, kapal yang hendak ke Tanjung Pelepas terpaksa berpusing
jauh. Sebaliknya, ia menjadi dekat jika Tambak Johor digantikan dengan
jambatan yang memboleh kapal melalui di bawahnya.
Jika kapal
dari Selat Melaka hendak ke Tanjung Pelepas, mungkin dekat. Hanya masuk
melalui Selat Johor. Tetapi, bagaimana jika kapal yang datang dari arah
Laut China Selatan atau Teluk Siam? Memang tidak boleh melalui Selat
Johor kerana disekat oleh Tambak Johor.
Apakah
kita tidak sedari akibat kewujudan Tambak Johor, yang berada di situ
yang menjadikan kita sentiasa berada di pihak yang rugi. Ini tidak
termasuk isu pencemaran, soal air laut yang terpendam dan tidak dapat
mengalir seperti sedia kala jika laluan itu diperbesarkan dan dibuka.
Kenapa
ktia tidak dapat melihat perkara ini dengan lebih terperinci dan
berstrategi. Sampai bila kita mahu terus mengalah kepada Singapura,
sedangkan negara itu langsung tidak mahu bertolak ansur dalam setiap
perkara yang ‘merugikan’ mereka.
Sudahlah
perjanjian air langsung tidak boleh disentuh. Kita terpaksa menjual air
mentah kepada negara ultra kiasu itu sehingga tahun 2061 dengan harga
0.03 sen per 1,000 gelen. Apabila ada idea menaikkan harga air mentah
kepada kadar yang lebih logik, seperti ketegasan PM hari ini, yang tetap
mahukan harga air dikaji semula, maka negara ultra kiasu itu akan
menentang.
Saya masih
ingat ketika zaman Pak Lah menjadi PM, cadangan menaikkan harga
dikemukakan lagi, ketika itu respon pemimpin ultra kiasu yang telah
meninggal dunia dengan tegas menjawab. Jawapannya adalah PERANG.
Begitulah kurang ajarnya ultra kiasu.
Air, air
kita, dek kerana perjanjian itu, solah-olah air bapak dia. Sudahlah
kolam tadahan di Johor, dikawal sepenuhnya oleh tentera Singapura. Kita
dalam negara sendiri pun tidak dibenarkan masuk ke kolam tadahan
berkenaan.
Ini tidak
termasuk lagi kekalahan kita di mahkamah antarabangsa berhubung isu
Pulau Batu Putih. Nasib belum tentu menyebelahi kita dalam soal isu
Pulau Pisang.
Justeru,
Tambak Johor mesti diganti dengan jambatan baharu seperti idea asal PM
sekarang ini. Kita perlu bersaing secara sihat dengan negara ultra kiasu
ini. Negara ultra kiasu ini tidak boleh dibiarkan dengan
keultrakiasuannya.
Ingatlah
wahai pemimpin negaraku. Saya teringat kepada pesanan pensyarah strategi
dan keselamatan saya, ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang
pengajian keselamatan dan strategi, mendiang Prof Dr Chandran Jushurun.
Kata
beliau, negara ultra kiasu ini ibarat mendapat sebiji kek. Dia
(Singapura) tidak akan kongsi kek itu dengan orang lain (Malaysia). Dia
mahu makan seorang sehingga habis, baru dia rasa puas, meskipun
Singapura adalah hak Malaysia dari segi sejarah asal usulnya.
Disebabkan
‘kesilapan’ kita, ia telah terlepas menjadi sebuah negara ultra kiasu.
Pesanan akhir mendiang Prof Chandran yang sempat saya belajar
daripadanya.
Itulah
istilah ultra kiasu yang saya berikan nama sebelum ini sehingga kini,
termasuk sekutunya di dalam negara kita, yang sangat bahaya.
No comments:
Post a Comment