Tak mustahil setiausaha politik bapa ultra kiasu bertanding PRU15
BANGI
– “Benar kata-kata netizen, ini bukan negara China atau Beijing.
Bayangkan jika pelawat atau pelancong masuk ke pejabat menteri ultra
kiasu itu, sudah tentu dia akan tertanya-tanya bahasa kebangsaan di
negara ini ‘bahasa Cina’ ke?
“Kalau tidak silap saya, dahulu menteri
ultra kiasu sangat teruja dan obses dengan kata-kata Umar Abdul Aziz.
Kenapa tidak ditampalkan sahaja kata-kata itu mengikut (ucapan) beliau.
Jarang sekali nama Umar Abdul Aziz kini kedengaran sejak menang PRU14
dan menjadi menteri. Rupa-rupa mahu mencairkan hati Melayu.”
Demikian sindiran pedas, pendakwah bebas,
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengulas kecaman netizen terhadap gambar
tular di media sosial menunjukkan ungkapan bahasa Cina ditampal pada
dinding pejabat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Berikutan menerima kecaman, peguam yang
juga setiausaha politik kepada Anggota Parlimen Iskandar Puteri,
Syahredzan Johan tampil ‘mempertahankan’ menteri berkenaan dan
menegaskan perkara itu tidak seharusnya menjadi isu.
“Ini bukan isu bahasa. Apa yang ditampal
itu bukannya papan tanda dalam Pejabat Menteri Kewangan. Tulisan Cina
itu tidak diterjemahkan kepada ‘Selamat Datang ke Pejabat Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng’, atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
“Ia adalah ekspresi budaya yang
dizahirkan dalam bentuk perkataan Cina. Samalah juga kalau kita ada
pejabat, dan kita letak ayat-ayat al-Quran. Ia bukan untuk tujuan rasmi,
tetapi kerana ia sebahagian daripada identiti kita, dan kita mahu
mendapat ketenangan daripada ayat-ayat itu,” kata Syahredzan.
Menempelak kenyataan peguam itu, Ridhuan
Tee berkata, sebagai seorang menteri yang menjunjung Perlembagaan
negara, Guan Eng sepatutnya mendahulukan bahasa kebangsaan – Bahasa
Melayu – kemudian diikuti dengan bahasa asing.
“Geleng kepala saya membaca kenyataan
ini. Tidak mustahil dalam PRU15 akan datang, setiausaha kepada politik
kepada bapa ultra kiasu akan bertanding atas tiket parti ultra kiasu
simbol roket ini dalam kawasan majoriti Cina.
“Ultra kiasu pula akan mendabik dada
mengatakan, mereka tidak rasis kerana mengangkat orang Melayu bertanding
di kawasan majoriti Cina. Perhatikan kata-kata saya (pada) PRU15 tidak
lama lagi,” katanya ketika dihubung Ismaweb hari ini.
Ridhuan Tee berkata, sekiranya benar
ungkapan tulisan bahasa Cina ditampal pada dinding pejabat menteri
kewangan itu sebahagian daripada budaya bangsa Cina, ia bagaimanapun
tidak boleh menenggelamkan budaya kebangsaan.
“Apakah kita tidak pernah membaca Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, yang mana budaya Melayu dan Islam hendaklah
menjadi teras, kemudian baharulah budaya-budaya lain?
“Apakah kita wajar ‘mencinakan’ pejabat
menteri, hanya kerana menterinya Cina? Membandingkan dengan ‘kalendar
kuda’ dengan ungkapan Cina itu pun hujah yang sangat naif sebagai
seorang peguam.
“Kalendar kuda pada hemat masih boleh
diterima kerana tulisan Cina hanya berada di penjuru kalendar. Huruf dan
angka masih roman (Bahasa Melayu),” katanya dipercayai merujuk kepada
persoalan dibangkitkan Syahredzan sama ada menteri tidak boleh
meletakkan ‘kalendar kuda’ dalam pejabat susulan mempunyai tulisan Cina.
Dalam pada itu, Ridhuan Tee yang juga
Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempersoalkan sama
ada ungkapan tulisan Cina itu akan hilang ‘ong’nya sekiranya ditulis
dalam bahasa kebangsaan negara ini.
“Bermain diminda saya, adakah dengan
ungkapan ‘bahasa Cina’ baru ada ‘ong’. Sekiranya dituliskan dalam Bahasa
Melayu, maka akan hilang ‘ong’nya.
“Jika begitulah keadaan nyata sekali
bahawa ultra kiasu menghina bahasa kebangsaan. Jika ungkapan itu ditulis
dalam Bahasa Melayu, mungkin ‘sial’ yang datang, bukannya ‘ong’,” kata
beliau.
No comments:
Post a Comment