Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, solusi yang ditawarkan kerajaan dengan syarikat di bawah kepentingan GAMUDA itu sama sekali tidak menguntungkan rakyat.
Empat lebuh raya itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).
“Sampai bila rakyat akan terus membayar caj dan bayaran tol tersebut? Mengapa akhirnya beban kewangan ini dipikul oleh rakyat?
“Berdasarkan kenyataan itu, kerajaan telah berunding dan menawarkan sejumlah RM6.2 bilion untuk mengambil alih empat lebuh raya berkenaan di bawah kepentingan GAMUDA.
“Sekiranya pengambilalihan ini berjaya, kerajaan tidak lagi terbeban untuk membayar pampasan manakala GAMUDA akan memperoleh sejumlah wang yang lumayan hasil daripada penjualan aset tersebut. Bagaimana pula nasih rakyat?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, pengambilalihan empat lebuh raya bertol itu adalah langkah pertama untuk mengurangkan beban pengguna lebuh raya dan merealisasikan janji Pakatan Harapan (PH).
Katanya, kerajaan sudah berunding dengan pihak konsesi untuk membuat nilai tawaran pengambilalihan yang paling wajar supaya bukan sahaja dapat memaksimumkan pulangan kepada rakyat, tetapi tidak mengakibatkan sebarang beban kewangan kepada kerajaan.
Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata, perkara itu jelas bercanggah dengan janji PH untuk menghapuskan tol selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Ujar beliau, cadangan pengambilalihan itu tidak menguntungkan rakyat sebaliknya menyelamatkan pihak konsesi yang telah mengaut keuntungan selama ini. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment