Pemohon isi nombor akaun suami punca bayaran gagal dikredit
KUALA LUMPUR
– Bank Simpanan Nasional (BSN) membuka hampir 350,000 akaun bank baharu
secara automatik mulai Isnin, (3 Jun 2019) bagi menyalurkan Bantuan
Sara Hidup (BSH) 2019 kepada penerima.
Langkah ini diambil setelah Kementerian
Kewangan mengumumkan bahawa daripada 3.6 juta isi rumah yang diluluskan
BSH 2019, bayaran bagi sejumlah 300,000 penerima tidak dapat dikreditkan
ke dalam akaun bank.
“Akaun baharu ini dibuka atas nama isteri
pemohon BSH. Punca utama bayaran gagal dikreditkan disebabkan nombor
akaun bank yang didaftarkan tidak tepat.
“Ini berlaku antara lain disebabkan
pemohon mengisi nombor akaun bank suami dalam ruang untuk diisikan
nombor akaun bank isteri,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan
hari ini.
Justeru, penerima kini boleh hadir ke
cawangan BSN bagi urusan pengaktifan akaun dan seterusnya membuat
pengeluaran tunai daripada akaun masing-masing mulai 4 Jun, 2019.
-Bernama
No comments:
Post a Comment