KUALA LUMPUR: Seorang remaja dikesan mencampak kon dari atas sebuah bangunan kediaman dipercayai sekitar ibu negara.
Tindakan liar remaja lelaki itu dirakam dan video gelagatnya sambil
ketawa, selama 50 saat, tular di media sosial sejak semalam.
Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur belum menerima
sebarang laporan berhubung tindakan remaja terbabit, lapor Metro Ahad.
“Setakat ini belum ada laporan diterima berhubung kejadian itu
(mencampak kon dari tingkat atas kediaman),” kata SAC Rusdi Mohd Isa.
Rakaman seorang remaja mengangkat kon lalu dicampakkannya, dimuat turun dari Instagram, turut dikongsi di Facebook.
Sementara itu pengguna media sosial pula mengecam perbuatan nakal remaja terbabit.
No comments:
Post a Comment