KUALA LUMPUR: Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya
utama petang ini berikutan pertambahan kenderaan menuju ke destinasi
masing-masing.
Sehingga 4.15 petang, keadaan trafik yang perlahan dilaporkan di beberapa lokasi di kawasan utara, selatan dan pantai timur.
Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik bergerak perlahan dari
Seberang Jaya ke Perai, Bukit Tambun menuju ke Bandar Casia, Bandar
Casia menghala ke Jawi dan Cangkat Jering menghala Bukit Berapit.
“Trafik turut perlahan dari Terowong Menora menghala ke Jelapang, Slim
River menuju ke Bidor dan Simpang Pulai ke Tapah disebabkan peningkatan
jumlah trafik yang tinggi.
“Selain itu, terdapat juga kemalangan kecil melibatkan kereta di
KM152.3 dari Bukit Tambun ke Jawi. Bagaimanapun, tiada lorong terhalang
di lokasi kejadian,” katanya dilapor sebuah agensi berita.
Di Selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Pedas Linggi ke Simpang
Ampat, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Ayer Hitam menghala ke Yong Peng,
Machap ke Simpang Renggam serta Kulai ke Simpang Renggam.
Bagi pantai timur pula, menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya
Malaysia, aliran trafik perlahan selepas Plaza Tol Gombak menuju ke
Terowong Genting Sempah manakala laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan
2 masih terkawal dan lancar.
No comments:
Post a Comment