KUANTAN: Dua penghuni sebuah bilik hotel di Bukit Tinggi, Bentong
dilaporkan cedera selepas struktur dinding bilik yang dihuni mereka
runtuh, awal pagi tadi.
Mangsa yang cedera melibatkan seorang warga emas dan kanak-kanak di
bawa ke hospital untuk rawatan bagaimanapun identiti mereka belum
diperoleh, setakat ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik
berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 2.20 pagi
sebelum empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong ke lokasi
untuk bantuan menyelamat.
Menurutnya yang dipetik Sinar Harian, pihaknya tiba jam 3.06 pagi dan
mendapati berlaku runtuhan melibatkan dinding sebuah bilik hotel
berkenaan menyebabkan dua mangsa cedera.
“Bagaimanapun ketika anggota kita tiba, kedua-dua mangsa sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, runtuhan melibatkan kawasan seluas 900 kaki persegi di tingkat Mines 1,”katanya.
Beliau berkata, atas faktor keselamatan, 90 penghuni yang berada di blok bangunan berkenaan dipindahkan sementara.
“Blok bangunan berkenaan ditutup buat sementara bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.
“Setelah keadaan terkawal dan selamat, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Zainal Abidin berkata, operasi turut melibatkan bantuan daripada pihak
polis, pihak hospital dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM).
No comments:
Post a Comment